Polemik, Isu, Kontroversi, menangguk di air yang keruh... dalam kesengalan Mr Final untuk mendapatkan rentak dalam menulis semula di blog, agak teruja menulis sesuatu tetang isu penggunakan perkataan Allah yang sedang hangat diperkatakan. Namun berasakan diri ini kurang arif hal2 sebegini, Mr Final lontarkan sahajalah pandangan sesetengah pihak dari kaum Melayu Islam yang Mr Final fikir boleh juga kita intai untuk memahami isu ini.
Pandangan saudara Faisal Tehrani (klik tajuk untuk ke entri asal)
1. Saya pernah menulis mengenai kalimah Allah di blog ini (lihat sini). Intinya saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.
2. Kalimah Allah bukan sahaja bererti Tuhan. Ia membawa sama 'nilai kesucian' yang tersendiri buat penganut agama Islam. Kerana itulah seseorang muslim dalam keadaan janabah misalnya tidak akan memegang (ayat-ayat suci) al-Quran. Kerana itulah jika kita terserempak keratan kertas bertulis 'Allah, Nabi Muhammad' di atas jalan, kita akan mengutipnya, dan cara untuk melupuskan keratan itu selalunya kita membakar ia sehingga musnah. Pendek kata Allah bukanlah semata-mata 'Tuhan'. Ia membawa 'keberatan' atau weight yang lebih mendalam.
3. Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'.
4. Jika Allah hanyalah satu kalimat bermaksud Tuhan, maka orang Islam (Muslim India dan Melayu) Singapura tidak akan turun ke jalanraya satu masa dahulu untuk mempertahankan akidah Natrah. Kita juga tidak perlu berheboh-heboh mengenai Nur Aishah Bukhari, tidak berheboh-heboh mengenai Lina Joy. Jadi, Allah adalah lebih dari Tuhan.
5. Seperti yang pernah saya sebutkan, mintalah pendita Kristian menyelak Bible (yang asal Vatican) mereka dan tunjukkan di mana ada kalimah Allah?
6. Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.
7. Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.
8. Penyataan konsili itu menyebutkan:
Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.
Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"
- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'
Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.
9. Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).
10 Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?
11. Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.
Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.
12. Menurut Islam, kalimah Allah mestilah sentiasa digandingkan dengan kalimah Muhammad kekasih-Nya. Saya tidak dapat membayangkan kalimah Allah digandingkan dengan kalimah Jesus 'selaku anaknya'. Bolehkah anda selaku seorang Muslim (tidak kiralah saudara ahli UMNO, PAS atau PKR) menerimanya?

*****************
Pandangan YB Khalid Samad (klik tajuk untuk ke entri asal)
Isu ini sebenarnya telah banyak dikupas oleh beberapa pihak. Namun begitu, saya ingin menyentuhnya secara ringkas supaya umum memahami pendirian saya berhubung isu ini.
1. Al-Quran sendiri mempunyai banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam, samada golongan musyrikin, Yahudi mahupun Nasrani menggunakan perkataan ‘Allah’ apabila mereka memaksudkan Tuhan semesta alam. Maka, sekiranya kita ingin menentukan hukum berhubung persoalan ini, Al-Quran adalah rujukan pertama. Sekiranya Al-Quran sendiri mengiyakannya, bagaimana kita hendak menafikannya? Di mana hendak kita simpan ayat-ayat yang mengatakan orang bukan Islam juga menggunakan perkataan Allah untuk memaksudkan Tuhan semesta alam seperti “Wa Kaalatil Yahudu Uzair ibnu Llah” yang bermaksud “Dan berkata orang-orang Yahudi Uzair adalah anak Allah”?
2. Rasulullah (SAW) tidak pernah menghalang penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam. Ini adalah kerana Allah adalah Tuhan semesta alam, termasuk Tuhan orang-orang yang kufur terhadapNya. Sekiranya Rasulullah (SAW) tidak melakukan itu, apa sebab kita ingin melakukannya? Kaedah membezakan ‘Allah’ dengan apa yang disembah orang Kuffar dengan menggunakan nama yang khas dan berbeza tidak digunakan Rasulullah (SAW). Tidakkah ada hikmatnya?
3. Perbezaan di antara orang Islam dan orang bukan Islam bukan penggunaan perkataan ‘Allah’ tetapi atas kefahaman sifat-sifat Allah. Islam mengajar ummatnya bahawa Allah itu Esa, tidak beranak dan tidak juga diberanakkan, tiada sekutu dan Allah adalah pemilik nama-nama yang terpuji yang terkandung dalam 99 nama Asma ul Husna. Perbezaan kefahaman inilah yang hendak ditonjolkan dan diperjelaskan, bukan nama yang berbeza.
4. Kesedaran bahawa Allah bukan tuhan orang Islam semata-mata tetapi Tuhan seluruh alam semesta, termasuk orang-orang bukan Islam adalah kefahaman yang tepat. Ini akan memantapkan aqeedah orang Islam sendiri dan menghalang mereka dari mengeluarkan kata-kata, sebagai contoh, “Allah adalah Tuhan orang Islam” dan “Krishna adalah Tuhan orang-orang Hindu” dan sebagainya. Kata-kata sebegini adalah kata-kata yang boleh membawa kepada kekufuran kerana (1) Menghadkan ketuhanan Allah kepada orang Islam sahaja dan (2) Mengiktiraf adanya Tuhan yang lain bagi agama lain.
5. Secara umum, kefahaman ummat Islam adalah bahawa semua manusia percaya Allah adalah Tuhan semesta alam. Ini kita rumuskan dari ayat Al-Ankabut 61,63. Ini diperkukuhkan lagi melalui Ayat Al-A’raf 172: “Alastu biRabbikum? Kaaluu Bala Shahidna” yang bererti “Bukankah Aku (Allah) Tuhan kamu? Mereka semua menjawab Benar dan kami menjadi saksi (akan kebenaran itu)”. Namun ramai menjadi kufur apabila mereka menyengutukanNya dengan yang lain atau meletakkan kepadaNya sifat yang mustahil seperti memerlukan, pelupa, lemah, mempunyai anak dan sebagainya. Sebagai contoh ayat Al-Maaidah 73: “La Kad kafaralladzina Kaluu innaLlaha thalithu thalaathah” yang bermaksud: telah menjadi kafir mereka yang mengatakan Allah adalah satu daripada tiga.
6. Perkataan ‘Allah’ seperti yang saya sebut dalam Parlimen tidak merupakan nama peribadi tetapi merupakan perkataan ringkasan dari cantuman ‘Al’ dan ‘ilah’. Ilah atau ‘benda yang disembah dan dipertuhankan’ memang banyak, termasuklah nafsu sendiri yang dipertuhankan sebahagian manusia. ‘Al-Ilah’ yang diringkaskan kepada ‘Allah’ membawa erti ‘Tuhan semesta Alam’. Apabila ini difahami orang Islam, maka mereka akan memahami juga maksud sebenar kalimah syahadah “La ilaha illa Llah” iaitu “Tiada yang dipertuhankan melainkan Tuhan” atau dalam terjemahan bahasa Inggerisnya “There is no god but God” (lower-g and capital-G). Terjemahan Inggeris ini adalah terjemahan rasmi kerajaan Saudi Arabia. Kerajaan Saudi ada juga yang tersimpang dari ajaran Islam dalam beberapa perkara, namun dalam soal ini, ianya merupakan terjemahan yang amat tepat. Namun begitu Zahid Hamidi pasti akan menjawab “Oh, Saudi? Mereka Wahabi!”.
Berdasarkan apa yang disebut di atas, insyaAllah dapat difahami bahawa ada juga manfaatnya kepada ummat Islam sekiranya orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah. Ummat Islam akan menjadi lebih jelas berhubung agama mereka sendiri dan persoalan perbezaan Islam dan agama lain dalam konsep keTuhanan. Manfaat inilah yang ingin kita perolehi.
Kedua, yang tidak kurang pentingnya dan perlu kita sedari apa sebenarnya yang diinginkan oleh pihak BN. Mereka ingin menggunakan isu agama untuk melaga-lagakan rakyat Malaysia. Mereka ingin mengambarkan seolah-olah orang bukan Islam menghina Islam dan ummatnya dengan menuntut hak menggunakan perkataan ‘Allah’. Oleh yang demikian, keadaan sebenar perlu diperjelaskan supaya keadaan ini tidak diambil kesempatan oleh mereka.
Ketiga, perbezaan pendapat di antara MP PAS berhubung isu ini hanya dari sudut kebijaksanaan dan siyasah syariiyah. Memandangkan keadaan ‘kejahilan’ ummat Islam sendiri dewasa ini, ada yang khuatir penggunaan perkataan ‘Allah’ oleh yang bukan Islam akan menyebabkan kekeliruan. Pandangan saya pula, ummat Islam sedang dalam kekeliruan. Penjelasan perlu dilakukan supaya dapat dilenyapkan kekeliruan ini. Isu ini membantu kita untuk membuat penjelasan tersebut. Keadaan kejahilan ummat Islam tidak akan lenyap dengan sendirinya. Kita tidak boleh membenarkan kejahilan berterusan juga. Oleh itu, melalui isu ini, penjelasan dapat dilakukan.
Ini sahajalah yang ingin saya nyatakan berhubung persoalan ini. Majlis Syura Ulama’ PAS akan bersidang untuk membincang isu ini. Apa yang diputuskan akan saya terima sebagai pendirian rasmi PAS.
WaLlahu 'Alam

F/S: walau bagaimana sekalipun tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan isu ini diambil kesempatan untuk diprovokasikan secara berlebihan oleh pihak2 tertentu, Mr Final tetap merujuk kepada pemahaman masyarakat setempat (Melayu Islam) penggunaan perkataan Allah duduknya pada tahap teratas.
Jika benar pihak tersebut menghormati nilai2 agama yang lain, bersikap toleransi yang dianjurkan oelh setiap agama. Hentikanlah idealisme baru yang mengucar kacirkan negara multi-agama ini. Adalah suatu yang menjengkelkan serta seperti tidak menurut norma2 kebiasaan, seolah bermotif sesuatu, pabila entah tiba-tiba sahaja wujud pihak lain untuk menuntut penggunaan perkataan Allah hanya setelah lebih 50 tahun kita merdeka.... Kebenaran daripada mahkamah terhadap tuntutan ini sebenarnya akan membuka lebih banyak ruang kepada pelbagai tuntutan yang bukan2 selepas ini dari pelbagai pihak yang mempunyai motif tersendiri.
Isu ini sebenarnya membuka mata Mr Final, yakni Islam sebagai agama persekutuan seolah tidak dapat lagi dijamin dapat dipertahankan seutuh-utuhnya oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan. Mungkin kerana tiada perincian didalam Perkata 11 Perlembagaan Persekutuan membuatkannya mudah untuk diinterpretasikan secara berbeza. Mohon pada Allah swt agar kita sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus dan Agama Islam di Malaysia sentiasa terpelihara.